Tiga rakyat China, seorang lelaki tempatan didakwa hasilkan dadah

Tiga rakyat China, seorang lelaki tempatan didakwa hasilkan dadah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga warga China termasuk seorang wanita dan seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyediakan barangan menghasilkan dadah untuk tujuan pengedaran dadah jenis kokain pada 17 Februari lalu.

Tertuduh, He JingJing dan Cheng Ziyue masing-masing berusia 36 tahun dan Hu Jingjie, 28, dan rakyat empatan ialah Tan Wee Jin, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tiga warga China dan seorang warga tempatan itu didakwa bersama-sama menyediakan barangan untuk penghasilan dadah jenis kokain sebagai persediaan bagi tujuan mengedar dadah berbahaya di Nilai Spring Villas, Nilai di sini pada 17 Februari lalu

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan mereka boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali jika tidak dihukum dengan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, P. Rubini.

Sementara itu, He JingJing berdepan dengan satu lagi pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis kokain dengan anggaran berat 2.145 kilogram.

Syed Farid kemudiannya memutuskan tiada wang jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh dan menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan laporan kimia.

Media pada 20 Februari lalu melaporkan polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan menyerbu sebuah makmal dadah di Nilai, seterusnya menemukan dadah jenis kokain seberat 2.145 kilogram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya