Tiga pekerja emas ditahan dipercayai pecah amanah

Tiga pekerja emas ditahan dipercayai pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga pekerja kedai emas di Sungai Buloh, Selangor dipercayai berkaitan kes pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 5 Februari lalu daripada pengurus cawangan premis terbabit.

Menurutnya, pengadu memaklumkan terdapat perbezaan ke atas 26 utas barangan kemas di premis terbabit sebelum semakan mendapati ia adalah palsu.

“Pada 6 Februari, tiga pekerja wanita berusia 28 hingga 38 tahun terbabit ditahan dan siasatan menemukan 26 keping surat pajak bernilai RM225,550 melibatkan barang kemas jenis emas 916 dengan anggaran 762.82 gram.

“Suspek dipercayai bersubahat menukar barang emas dari kedai dengan barangan kemas palsu bagi mengelirukan pengurus kedai dan kegiatan itu dilakukan sejak Jun 2024,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK di sini hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan barang kemas yang ditukar adalah RM293,700.

Tegas Ramli, dalam tempoh kurang satu minggu siasatan dijalankan, dua individu yang terlibat telah berjaya dituduh di Mahkamah Shah Alam pada 10 Februari lalu di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

“Sebutan ditetapkan pada 25 April depan, manakala seorang lagi individu telah dijadikan saksi pendakwaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya