Tiga cedera dalam letupan gas di kilang

Tiga cedera dalam letupan gas di kilang

SEORANG pekerja patah kaki kanan manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan gas di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tiga pekerja cedera dalam satu insiden letupan gas yang berlaku di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3 Bayan Lepas di sini, hari ini.

Salah seorang daripada mereka, Ibrahim Shaffie, 49, mengalami kecederaan yang agak teruk iaitu patah kaki kanan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Mohamad Nasrin Harun, 38, dan Mohd Radzi Othman, 40, pula hanya mengalami kecederaan ringan sahaja susulan insiden berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.16 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, letupan itu dipercayai berpunca daripada silinder jenis FM 200 di dalam kilang berkenaan. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan kebakaran,” katanya di sini, hari ini.

LOKASI kejadian letupan gas di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG

Menurut beliau, pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan operasi tidak lama selepas itu.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya