Tiga anggota polis didakwa buat pemerasan diambil keterangan

Tiga anggota polis didakwa buat pemerasan diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini merakam keterangan seramai tiga individu membabitkan dakwaan anggotanya membuat serbuan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan melakukan pemerasan ketika Op Tapis di Damansara di sini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan tiga anggota terlibat dalam serbuan itu.

“Kita membuka siasatan di bawah tatatertib. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 19 Februari lalu, dilaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya membuat serbuan tidak mengikut SOP dan melakukan pemerasan ketika Op Tapis di Damansara.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, pihaknya mengesan satu kenyataan dan video tular melalui laman sosial Facebook pada pukul 1 petang, Selasa lalu.

Katanya, kandungan berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘En Abdul’ memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara. Kejadian video tular itu berlaku pada 10 Oktober 2024 ketika melakukan Op Tapis di kawasan Damansara,” katanya.

Sebelum ini, tular kenyataan oleh pemilik akaun Facebook mendakwa diperas ugut empat anggota polis yang datang ke kediamannya dan bertindak memecahkan kamera litar tertutup (CCTV) dan melakukan pemerasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya