Tiada usaha singkir MCA daripada BN - Zahid Hamidi

Tiada usaha singkir MCA daripada BN – Zahid Hamidi

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perbincangan untuk menyingkir salah satu parti komponennya seperti mana yang digempar-gempurkan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada BN.

Kata beliau, BN mempunyai komitmen yang jitu dalam mengekalkan rakan parti terasnya iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selain daripada parti bersekutu iaitu Friends of BN.

“Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.

“Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan membuat mendedahkan bahawa ‘orang luar’ tertentu sudah mencadangkan agar UMNO menyingkirkan partinya daripada BN.

Sehubungan itu, Ka Siong berkata, MCA kini sedang menunggu keputusan UMNO berkaitan cadangan yang diutarakan oleh pihak tidak mempunyai kaitan dengan BN itu.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mengkritik sebahagian orang yang tidak pernah menjadi sebahagian dari BN tetapi kini menikmati hubungan rapat dengan UMNO.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya