‘Tiada nenek tua di kampung kami’

‘Tiada nenek tua di kampung kami’

PEMANDANGAN sebahagian kawasan Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin yang berada di kaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penemuan semula seorang remaja, Nur Fakhira Dania Zahir, 14, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana penduduk kampung mendakwa tiada rumah yang dihuni seorang wanita warga emas di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin dekat sini, iaitu lokasi remaja berkenaan ditemukan kira-kira pukul 10 malam, kelmarin.

Ketua Kampung, Norzam Mohd. Amin berkata, sepanjang berkhidmat selama empat tahun, tiada maklumat diterima tentang adanya seorang wanita warga emas yang bertongkat menetap di situ.

“Tiada wanita tua yang tinggal di kampung ini selama ini dan ia menjadi persoalan apabila berita mengatakan seorang remaja perempuan ditemukan bersama-sama nenek tua bertongkat seperti diceritakan.

“Persoalannya, siapa nenek tua itu dan siapa pemandu kereta Perodua Myvi seperti yang diceritakan oleh ibu remaja berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Setakat ini, remaja itu enggan membuka mulut menceritakan kejadian sebenar kerana dikatakan masih trauma dengan kejadian menimpanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, Nur Fakhira Dania ditemukan di rumah seorang wanita warga emas di kaki Gunung Lambak.

Remaja itu ditemukan oleh seorang penduduk kampung dan menimbulkan persoalan bagaimana dia boleh berada di rumah itu.

Ibu remaja berkenaan, Norita Kasmin, 47, berkata, penemuan kira-kira pukul 10 malam itu dimaklumkan oleh adik ipar­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN