Tiada import sisa elektronik di Johor - Utusan Malaysia

Tiada import sisa elektronik di Johor

PENGERUSI Jawatankuasa Pelaburan , Perdagagaan , Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Negeri Johor Lee Ting Han (kanan) bersama Lilis Saslinda Pornomo, (dua dari kanan) Pengaràh KPDN Negeri Johor menunjukan telor dan barangan lain dengan Sesi Walkabout Program Jualan Ramah Salam Ramadhan 2025 ,di Tapak Pasar Khamis Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru , hari ini. Gambar: Baazlan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor tidak membenarkan pelaburan pengimportan bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, selain itu Johor tidak lagi membenarkan pengeluaran lesen kepada aktiviti memproses bahan buangan itu.

Katanya, kerajaan Persekutuan turut mempunyai polisi yang jelas tidak membenarkan pengimportan e-waste ke dalam negara.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat pemantauan dan penguatkuasaan.

“Sekiranya ada mana-mana syarikat khususnya di kawasan perindustrian yang memproses e-waste tanpa kelulusan, tindakan tegas akan diambil termasuk sitaan, saman serta didakwa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi Walkabout Program Jualan Rahmah (PJR) Salam Ramadhan 2025 di Kampung Sungai Tiram, di sini hari ini.

Menurut Ting Han, setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan mengenai aktiviti memproses e-waste secara haram di negeri ini.

Katanya, kilang yang memproses e-waste di negeri ini hanyalah memproses hasil sisa buangan yang dihasilkan industri domestik sahaja.

“Apa yang penting, kita tak import e-waste. Operasi kilang sisa buang industri domestik ini kena ada, kalau tidak, kita pula jadi pengeksport e-waste ke negara lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya