Tiada hasrat lindungi pemberi maklumat dedah kepada umum

Tiada hasrat lindungi pemberi maklumat dedah kepada umum

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk membuat pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi melindungi pemberi maklumat yang melakukan pendedahan pada umum dan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Seksyen 61 Akta 711 menyatakan bahawa seseorang boleh membuat pendedahan terhadap mana-mana agensi penguatkuasa.

Bagaimanapun, kata beliau, subseksyen 71 Akta 711 menyatakan perlindungan boleh diberikan kepada pemberi maklumat apabila pendedahan dibuat pada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah Seksyen 6.

“Merujuk kepada kes rasuah melibatkan pemimpin Sabah, pendedahan sudah berlaku pada umum atau awam sebelum pemberi maklumat membuat laporan kepada agensi penguatkuasa. Dalam hubungan ini, pemberi maklumat tidak dapat dilindungi dibawah subseksyen 7 (1).

“Pada masa yang sama, tiada cadangan yang menambahbaik Akta 711 bagi melindungi pemberi maklumat yang membuat pendedahan pada umum dan awam. Walau bagaimanapun, sekiranya pendedahan dibuat kepada agensi penguatkuasa terlebih dahulu layak dilindungi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang merujuk skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, agensi penguatkuasa akan menilai maklumat yang diberikan itu sebagai satu keperluan ataupun tidak.

“Sama seperti laporan polis, apabila kita pergi kepada agensi penguatkuasa, kita adalah pemberi maklumat (dan) mahukan perlindungan. Agensi penguatkuasa akan memberikan justifikasi tersebut.

“Ini maknanya kita tidak boleh pergi ke public domain, kemudian kita nakkan perlindungan. Kadang-kadang pemberi maklumat juga tidak mempunyai niat good faith, dia kena mempunyai niat yang baik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya