Tiada elemen tipuan bida industri beras

Tiada elemen tipuan bida industri beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menjelaskan bahawa tiada sebarang siasatan dijalankan berhubung dakwaan kewujudan kartel beras memandangkan tiada elemen tipuan bida dikenal pasti melalui kajian umum yang dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, MyCC hanya menjalankan kajian umum mengenai industri beras dan padi sahaja.

“Menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tiada isu atau amalan persekongkolan bidaan.

“Oleh itu, kami tidak menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak. Kami hanya menjalankan kajian umum,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Beliau diminta memberi respons kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang menyatakan bahawa MyCC tidak mengenal pasti sebarang amalan anti-persaingan atau pelanggaran dalam kajiannya terhadap industri beras dan padi.

Armizan berkata, kajian yang bermula pada Februari tahun lalu dan selesai pada Oktober tahun yang sama tidak mendedahkan sebarang pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010.

Beliau turut memaklumkan bahawa tanggungjawab untuk menstruktur semula industri beras dan padi kini diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata hasil kajian itu telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) pada 17 Disember 2024 dan sebarang pendedahan kepada umum tertakluk kepada bidang kuasa MyCC sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya