TFC kecundang 1-2 ke atas KL City FC

Liga Super: TFC kecundang 1-2 ke atas KL City FC

PEMAIN TFC, Ismahell Akinade (kanan) mengasak pemain KL City FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tewas 1-2 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini.

Gol kemenangan The City Boys terhasil pada minit ke-79 hasil jaringan pemain gantian, Patrick Alcala Reichelt setelah mendapat hantaran ketua pasukan, Paulo Josue.

Sebelum itu, skuad Penyu mendahului perlawanan hasil sepakan kemas pemain muda, Muhammad Safwan Mazlan yang melepasi jangkauan penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam pada minit ke-15.

Pada minit ke-45, KL City FC menyamakan kedudukan hasil tandukan Paulo Josue setelah melepasi diri daripada dua pemain pertahanan tuan rumah.

Pemain TFC yang mahu memburu jaringan pada awal pada separuh masa kedua hampir terhasil namun sepakan kencang pemain import, Nurillo Tukhtasinov dari luar kotak penalti melepas palang gawang pada minit ke-48

Pemain pasukan KL City FC tidak ketinggalan mengatur serangan untuk menambah jaringan dan usaha mereka hampir berjaya apabila Kenny Pallraj Davaragi yang melakukan tandukan hasil hantaran sepakan percuma Paulo Josue pada minit ke-50 hampir menggegar jaring TFC.

Pada minit ke-71, Manuel Gelto Ott melakukan sepakan kencang dalam kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan Muhammad Hafizul Hakim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya