JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes tetak menggunakan pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menahan suspek selepas menerima laporan pada pukul 2.52 petang.
“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN