KOTA BHARU: Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 39, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api selepas lebih 10 bulan prosiding perbicaraan kes tersebut dijalankan, menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hafizul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan semula di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk fakta kes dan prosiding jatuh hukuman. Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman. Hafizul sebelum ini mengaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya