Terpaksa tolak tempahan chalet

Terpaksa tolak tempahan chalet

ZAMIRA Yusof menyiapkan bilik pelanggan di chaletnya di Kampung Bari, Setiu, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Permintaan tinggi terhadap chalet di kawasan peranginan ketika musim cuti persekolahan menyebabkan pengusaha chalet di sini, terpaksa ‘menolak’ tempahan pe­langgan.

Zamira Yusof dari Kampung Bari berkata, tempahan chaletnya meningkat tiga kali ganda berbanding bulan-bulan lain susulan orang ramai mengambil peluang bercuti ke Terengganu khususnya di daerah ini.

“Kebanyakan tempahan di­buat awal dan ada antaranya sejak Oktober tahun lalu untuk menginap sempena cuti persekolahan ini.

“Dari sudut jualan kami jangkakan jumlah pendapatan mencecah RM100,000 dalam tempoh hampir sebulan cuti persekolahan berbanding hanya RM30,000 pada bulan-bulan lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, tindakan menolak tempahan adalah bagi mereka yang datang secara terus ke chalet atau pelanggan yang membuat tempahan pada saat akhir.

Menurutnya, chalet yang diusahakan bersama keluarganya itu mempunyai kira-kira 10 buah bilik yang beroperasi dalam satu-satu masa dan mampu menampung sehingga 30 hingga 40 orang.

Katanya, meskipun berlaku peningkatan tempahan mendadak, pihaknya tetap mengekalkan harga antara RM150 hingga RM250 bagi satu chalet dan tiada peningkatan sebarang caj semasa.

“Chalet kami mengehadkan jumlah pelanggan dalam satu tempoh masa bagi memastikan keselesaan mereka dan tidak mahu berlakunya pertindihan tempahan.

“Peningkatan tempahan secara mendadak ketika musim ini dihadapi semua pemilik dan pengusaha chalet serta inap desa di sekitar daerah Setiu. Selain cuti persekolahan, tempahan chalet juga boleh dikatakan hampir 50 peratus pada Ogos berikutan berlangsungnya program permotoran di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya