Terlepas hukuman mati menjelang Ramadan

Terlepas hukuman mati menjelang Ramadan

BARISAN peguam bersalaman dengan Shazuan Md. Sharif selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan anak guam mereka daripada dua pertuduhan mengedar dadah. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kedatangan Ramadan kali ini bagaikan satu rahmat buat tiga sahabat selepas Mahkamah di sini, hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada dua pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Rohani Ismail terhadap Nor Maslisza Ramli, 32, Muhammad Azhar Ahmat@Ahmad, 32, dan Shazuan Md. Sharif, 34, selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka, Muhammad Shafiq Rohmat, 34, yang didakwa atas pertuduhan sama dipanggil membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadapnya.

Hakim dalam hujah keputusannya berkata, selepas meneliti dan menimbang hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes serta penilaian menyeluruh, pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tertuduh pertama (Muhammad Shafiq) sahaja.

“Manakala, pihak pendakwaan didapati gagal membutikan pertuduhan terhadap tertuduh yang lain. Oleh demikian, tertuduh pertama dipanggil membela diri manakala tertuduh kedua sehingga keempat dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 68.7 gram dan methamphetamine seberat 229.3 gram di sebuah hotel di sini, pada pukul 11.40 pagi, 7 Mei 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun dan 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Nor Maslisza, Muhammad Azhar dan Shazuan ketika ditemui menzahirkan perasaan syukur dan menganggap keputusan itu sebagai peluang kedua dalam hidup mereka.

“Akhirnya dapat juga saya menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan keluarga. Sudah empat tahun berada dalam (penjara), tidak sabar juga hendak jumpa dua anak saya,” kata Muhammad Azhar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi manakala peguam Roseli Abdul Ghani mewakili Muhammad Syafiq, S. Paul Krishnaraja (Nor Maslisza), S. Puspanathan (Muhammad Azhar) dan Haresh Mahadevan serta Ramzani Idris (Shazuan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya