Terjerat ‘Pelaburan Baird’, kerani rugi RM1 juta

Terjerat ‘Pelaburan Baird’, kerani rugi RM1 juta

Konsert
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kerani wanita berusia 65 tahun terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1 juta selepas terjerat dalam skim pelaburan saham tidak wujud yang dipromosikan menerusi media sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta tertarik dengan pelaburan yang dikenali sebagai ‘Pelaburan Baird’ pada pertengahan Disember tahun lalu yang menawarkan pulangan sehingga 40 peratus.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh seorang individu bernama Wendy Lim.

“Suspek memperdaya mangsa untuk membuat 11 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata, mangsa ingin mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan pada bulan ini tetapi diminta untuk membuat deposit tambahan sebanyak RM309,208 terlebih dahulu.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu apabila wang yang dijanjikan tidak diperoleh.

“Susulan laporan polis yang dibuat di daerah Petaling Jaya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan di platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

“Pastikan pelaburan yang dibuat mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Jika menerima panggilan atau mesej yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk semakan dan nasihat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya