Teringin hantar anak ke sekolah tahfiz, Fizz Fairuz utamakan pendidikan agama - Utusan Malaysia

Teringin hantar anak ke sekolah tahfiz, Fizz Fairuz utamakan pendidikan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan hasrat untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz selepas mengetahui tentang pembukaan Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

Kata Fizz, dia amat mementingkan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya, pengetahuan asas agama yang menjadi benteng kepada kehidupan anak-anak di kemudian hari.

“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.

“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.

“Rasanya ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka dikemudian hari,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Munafik itu berpendapat pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri sebelum mereka membesar dan boleh berdikari.

Tambah Fizz, dia masih memantau aktiviti anak-anaknya memandangkan mereka dibesarkan dalam era yang terdedah dengan penggunaan gajet sejak kecil.

“Memang besar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.

Terdahulu, Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Datin Almy Nadia pada 2014 .

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Nur Afrina Arianna, 10, Nur Afrina Aurora, 9, Nur Afrina Ayra, 7,Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya