Terengganu rekod 1,330 jenayah komersial, kerugian RM42 juta - Utusan Malaysia

Terengganu rekod 1,330 jenayah komersial, kerugian RM42 juta

MOHD. Khairi Khairudin membantu kanak-kanak mengukur uniform dalam program kerjasama Polis Terengganu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,330 kes jenayah komersial membabitkan kerugian kira-kira RM42 juta direkodkan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 1,237 kes melibatkan kerugian sebanyak RM34.12 juta pada 2023.

Katanya, terdapat peningkatan sebanyak 93 kes atau 7.51 peratus dengan jumlah kerugian juga meningkat kira-kira RM7.9 juta atau RM23.3 peratus pada 2024 berbanding 2023.

“Pada tahun lalu, kita melakukan sebanyak 742 tangkapan kes jenayah komersial berbanding 710 tangkapan bagi 2023. Kadar indeks jenayah di Terengganu agak rendah, namun kes berkaitan penipuan ‘scammer’ tetap berlaku hampir setiap hari.

“Sindiket ini turut menyasarkan golongan profesional dan pelaburan tidak wujud juga adalah sebahagian dari statistik jenayah komersial yang kita selesaikan” katanya selepas menyantuni golongan asnaf dalam program kerjasama Polis Terengganu dan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sepanjang Januari tahun ini pula, sebanyak 153 kes jenayah komersial dengan kerugian RM3.79 juta telah direkodkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya