KLUANG: Seorang lelaki dipercayai anggota tentera sebuah kem di sini dilaporkan hilang selepas keluar untuk gunting rambut pada Selasa lalu. Dahalan Abdullah, 61, berkata, kehilangan anaknya Muhammad Dahalan, 22, dimaklumkan oleh menantunya selepas menerima maklumat daripada rakan sekerjanya. Katanya, anak ketujuh daripada lapan adik beradik keluar untuk gunting rambut pada pukul 10 pagi dengan berpakaian kemeja T serta seluar trek menaiki sebuah motosikal berwarna kuning. “Saya dimaklumkan oleh anak menantu pada Jumaat sebelum bergegas dari Kuantan ke Kluang kerana mahu mengesan kedudukan anak yang dipercayai mengalami tekanan di tempat kerja,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya