Tembak: Man Tiger direman tujuh hari

Tembak: Man Tiger direman tujuh hari

Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan perintah tahanan reman tujuh hari ke atas Man Tiger bagi membantu siasatan kes tembakan di Kampung Bukit Batu di Machap, Simpang Renggam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang suspek kejadian tembakan di Kampung Bukit Batu di Machap Simpang Renggam tengah hari semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Man Tiger itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dengan kawalan ketat polis pada pukul 2.15 petang sebelum keluar 20 minit kemudian.

Majistret Mustaqim Sukarno menetapkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Dalam kejadian pada pukul 12.17 tengah hari semalam, tiga lelaki datang ke rumah seorang penduduk di Kampung Bukit Batu Machap di Simpang Renggam sebelum melepaskan enam das tembakan dipercayai menggunakan pistol.

Susulan itu, Man Tiger yang berusia 32 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan Simpang Renggam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya