Tekad kerajaan perkasa SPRM badan bebas dan berintegriti. 

Tekad kerajaan perkasa SPRM badan bebas dan berintegriti

sprm
ANWAR Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 di Kuala Lumpur, semalam.-FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Madani ke arah untuk memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjadi badan bebas dan berintegriti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana kerajaan pimpinannya bertekad untuk mewujudkan sebuah negara wibawa yang bersih dan bebas daripada amalan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Katanya, SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.

Tekad Kerajaan Madani adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti.

“Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Anwar semalam menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat SPRM 2025 semalam bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.

Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. 

Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis Diraja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. 

Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Oktober 1967.

Pada 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diwujudkan bagi menggantikan BPR selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya