Teka teki kesihatan Justin Bieber terjawab - Utusan Malaysia

Teka teki kesihatan Justin Bieber terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: “Justin Bieber sihat dan sibuk menyiapkan lagu baharu.”

Demikian respons wakil kepada penyanyi itu kepada CNN baru-baru ini.

Kenyataan itu dibuat bagi meredakan spekulasi kononnya bapa seorang cahaya mata itu sedang bergelut dengan masalah kesihatan.

”Amat sedih dan mengecewakan apabila ada pihak yang masih mahu bermain dengan spekulasi negatif meskipun mereka tahu perkara sebenar,” katanya kepada CNN.

Bieber baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila foto diambil paparazzi menunjukkan keadaan fizikalnya yang terlalu kurus dan tidak bermaya tular di media sosial.

Perkara itu mencetuskan spekulasi kononnya penyanyi itu sedang berperang dengan masalah kesihatan dan gangguan mental.

Penyanyi berusia 30 tahun itu terdahulu terbuka berkongsi mengenai masalah Bells Palsy dan ketagihan bahan terlarang yang membelenggunya sebelum ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya