Teguran buat anak muda yang hilang haluan - Utusan Malaysia

Teguran buat anak muda yang hilang haluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lirik lagu Kemana Ni ciptaan Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salammusik ditulis untuk memperbetulkan persepsi anak muda mengenai pendidikan.

Lagu tersebut antara lain menjadi satu bentuk teguran buat generasi sekarang yang mempersoalkan keperluan menduduki peperiksaan di sekolah.

“Kami buat ekperimentasi sosial dengan mendapatkan reaksi menerusi status yang kami tulis di media sosial. 

“Kami dapati sebilangan besar anak muda seolah-olah tak tahu arah tuju apabila mereka mempertikaikan keperluan duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan lain di sekolah.

“Menerusi lirik lagu ini, kami mahu ubah persepsi mereka. Ilmu memang penting, tapi bukan sekadar atas kertas. Dan pergaulan serta ikatan dengan guru di sekolah itulah ilmu yang menyeluruh.

“Itu bekalan yang akan mereka bawa selepas tamat persekolahan. Jadi, menerusi lagu ini, kami berpesan kepada anak muda, jangan tinggalkan pelajaran, jangan ambil jalan singkat. Kami nak betulkan arah tuju mereka,” kata Luca pada majlis tayangan muzik video lagu itu semalam.

Muzik video Kemana Ni yang dipertontonkan secara rasmi di Youtube malam semalam meraih lebih 4,000 tontonan selepas 7 jam ditayangkan.

Anggota Salamusik, Ashraaf A. Azlan berkata lagu itu mampu memberi motivasi kepada pendengar yang berdepan kesukaran hidup.

“Lagu ini mengingatkan kita agar jangan takut kepada kegagalan. Kita pasti berdepan rintangan dalam kehidupan.

“Saya harap ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga pembakar semangat pendengar untuk teruskan kehidupan,” kongsinya. 

Sementara itu, Kmy Kmo memaklumkan lagu itu yang mengambil tempoh tujuh tahun untuk disiapkan mengetengahkan gabungan muzik nusantara, hip hop dan reggae.

“Kami sayangkan bunyian nusantara dan kami mahu generasi muda kenali muzik tradisi kita.

“Kami yakin konsep ini boleh diketengahkan, cuma ia perlu sedikit dimodenkan supaya orang muda boleh hayati dan raih manfaat darinya,” katanya. 

Pendengar boleh mendengarkan lagu ini di semua platform penstriman termasuk Spotify, Joox, Apple music dan Youtube music selain dimuat turun menerusi di iTunes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya