Tangan tersepit mesin ketika sedang memproses air tebu

Tangan tersepit mesin ketika sedang memproses air tebu

ANGGOTA bomba dan APM Pulau Pinang membantu mengeluarkan tangan seorang wanita yang tersepit pada mesin tebu di Flat Uda, Tanjong Tokong, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita warga Indonesia berdepan detik-detik cemas apabila tangan kanannya tersepit pada mesin memerah tebu dalam kejadian di Flat Uda, Jalan Tanjung Tokong, di sini, 9.30 pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang memproses air tebu di sebuah premis makanan.

Akibat kejadian tersebut, beberapa jari hingga bahagian atas pergelangan tangan mangsa mengalami kecederaan parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.39 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, pasukan bomba berusaha mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan berjaya berbuat demikian dalam tempoh kurang daripada lima minit sahaja.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang turut membantu dalam operasi itu.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 9.49 pagi dan keadaan mangsa ketika ini bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya