LOS ANGELES: Rapper sensasi, Kanye West dan isterinya, Bianca Censori hangat diperkatakan selepas keduanya diminta meninggalkan acara karpet merah Anugerah Grammy, pagi tadi waktu tempatan.
Portal The Sun melaporkan, pasangan suami isteri itu, yang merupakan tetamu acara gilang gemilang dilihat meninggalkan acara tersebut sambil diiringi polis.
Sumber portal tersebut memaklumkan keduanya diminta beredar kerana penampilan tidak senonoh Bianca yang berbogel di acara tersebut.
Pasangan itu sempat menimbulkan kekecohan sebelum keduanya beredar dari lokasi.
Insiden itu hangat diperkatakan warganet dengan ada yang mendakwa Kanye dan isterinya tidak diundang ke acara tersebut.
Namun khabar angin tersebut reda apabila pihak Grammy memaklumkan rapper tersebut adalah tetamu diundang kerana beliau tercalon dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.