Tambahan syarikat penyedia internet, media sosial diberi lesen diumum minggu depan

Tambahan syarikat penyedia internet, media sosial diberi lesen diumum minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan tambahan syarikat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang diluluskan lesen untuk beroperasi di negara ini pada minggu hadapan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat berkaitan pematuhan kawal selia yang ditetapkan kerajaan bermula 1 Januari lalu akan diberitahu selepas cuti perayaan Thaipusam.

“Saya percaya Insya-Allah minggu depan, lepas Thaipusam kita akan ada sedikit maklumat,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Sebelum ini, syarikat besar dari China, iaitu ByteDance (TikTok) dan Tencent (WeChat) menjadi dua perusahaan pertama yang diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, dua syarikat itu adalah antara empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama yang mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia yang ditetapkan kerajaan bermula 1 Januari 2025.

Manakala, Telegram menjadi platform media sosial terbaharu yang diluluskan lesen untuk beroperasi di negara ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Pada masa sama, Meta yang menyelia Facebook, Instagram dan WhatsApp turut memulakan proses untuk memperoleh lesen bagi membolehkan platform mereka beroperasi di dalam negara, yang dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya