‘Tak boleh tengok lama-lama, terbayang arwah’ 

‘Tak boleh tengok lama-lama, terbayang arwah’ 

HAMBIAH KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : “Saya tengok dia, saya sedih. Tetapi, saya nampak dia tenang. Saya pun tidak tengok dia lama-lama sebab terbayang-bayang keadaannya.”

Itu kata Hambiah Kassim, 75, nenek kepada Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, semasa melawat kanak-kanak itu pada hari pertama mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), kelmarin.

Mohammad Fahmi Hafiz sebelum ini mengalami sesak nafas gara-gara tercekik selepas memakan gula-gula ‘gummy’, Selasa lalu sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kira-kira pukul 11 malam tadi.

Hambiah berkata, dia masih ingat kenangan terakhir bersama arwah iaitu ketika kanak-kanak datang dan tinggal di rumahnya di Alor Setar kira-kira dua minggu semasa cuti sekolah.

“Nampak macam dia lebih seronok. Tapi, pada masa yang sama, macam nampak sedih juga Dia lebih banyak diam pada masa itu.

“Saya ada 11 orang cucu. Arwah pun selalu balik (kampung) dan setiap kali cuti sekolah memang balik sini (Alor Setar). Dia memang bukan jenis banyak cakap, tapi, kalau dengan saya, dia mesra dan manja,” katanya ketika ditemui di pekarangan HPP, hari ini.

Menurut Hambiah, insiden yang menimpa cucunya itu pasti memberi kesan mendalam, namun, mereka sekeluarga tetap menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang tabah.

“Ini memang kehilangan besar buat saya dan keluarga. Tapi kami terima dengan reda. Ibu bapa Mohamad Fahmi Hafiz pun selepas berkahwin agak lama tunggu kehadiran zuriat. Tetapi, saya yakin mereka berdua reda dengan takdir ini,” katanya.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya