Syed Saddiq tidak nafi atau sahkan bercinta dengan Bella Astillah - Utusan Malaysia

Syed Saddiq tidak nafi atau sahkan bercinta dengan Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. 

Bagaimanapun, seperti dunia politik, Saddiq atau Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, memberi bayangan bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam perhubungannya bersama Bella Astillah. 

“Di masa hadapan, sama seperti dunia politik, apa-apa boleh berlaku,” kongsinya.

Saddiq berkata demikian menerusi satu temu ramah di podcast Khabarnya bersama pengarang Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman.

Tambahnya Saddiq lagi, walaupun sudah bekerjasama dengan ramai artis dan pempengaruh, peribadi ibu kepada dua orang anak itu sangat menakjubkan.

“Dia wanita luar biasa. Saya sudah bekerja dengan ramai artis dan pempengaruh tapi Bella seorang yang hebat. 

“Rasanya ramai tahu saya suka buat latihan dan aktiviti larian. Bella tidak buat latihan sangat tapi berjaya mendaki Gunung Kinabalu dengan berbaju kurung.

“Dia tidak tipu tiba-tiba tukar baju lain. Memang dari bawah ke puncak, dari puncak turun semula ke bawah dia berbaju kurung. Ia sangat mencabar kerana sukar untuk melangkah bila pakai baju kurung,” ceritanya. 

Namun begitu, apa yang lebih mengagumkan ahli politik itu ialah Bella begitu ramah dengan penduduk kampung di Sandakan, Sabah selain kerap memberikan bantuan tanpa diketahui orang ramai. 

“Sebagai ahli politik, kita boleh tahu seseorang itu betul ikhlas untuk beri bantuan atau tidak. Kita boleh lihat sama ada dia ada salam, berjumpa atau berbual dengan masyarakat. 

“Keluarga di sana datang dan cerita kepada saya ini bukan kali pertama Bella beri bantuan. Rupanya dalam setahun ada beberapa kali Bella lakukan itu. 

“Bagi saya, ia penting menunjukkan kita memberi semula kepada masyarakat,” jelasnya. 

Maklum keakrabannya bersama Bella Astillah turut menerima kecaman daripada ahli politik lain, Syed Saddiq menegaskan dia akan melakukan kolaborasi untuk mencari dana bagi penduduk Muar.

“Sejak tahun 2020 saya lakukan banyak perkara seperti jual lasagna, kurta, lakukan botak challenge dan larian ke parlimen. 

“Apa yang saya boleh katakan, dengan kolaborasi ini (panjat gunung bersama Bella) juga beberapa yang lain, saya boleh kumpul dana sebanyak RM1.84 juta ringgit untuk Muar. 

“Termasuklah beri baju Melayu dan bantuan bakul makanan saiz besar. Saya akan buat apa sahaja untuk bantu orang susah di kawasan saya, ini amanah yang saya perlu lakukan selama lima tahun,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN