Syarikat lombong besi tanpa EIA di Kelantan sedang disiasat - Nik Nazmi

Syarikat lombong besi tanpa EIA di Kelantan sedang disiasat – Nik Nazmi

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sedang menyiasat jabatan yang bertanggungjawab menyelia pengusaha perlombongan bijih besi yang beroperasi selama sembilan tahun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di Kelantan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu tidak mudah berikutan mekanisme kelulusan yang bertindih di peringkat negeri dan Persekutuan

“Kami akan semak butirannya. Ya, (ada siasatan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jawatan Pengerusi ASEAN di peringkat NRES di Institut Hutan Simpan Malaysia hari ini.

Beliau ditanya sama ada pegawai penguat kuasa gagal menyemak operasi lombong itu  memiliki lesen perlombongan yang sah atau sebaliknya.

 Pada Disember lalu, dua syarikat perlombongan diarah menghentikan kerja-kerja melombong kerana dibimbangi menjadi punca pencemaran Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.

Arahan pemberhentian kerja melombong itu dikeluarkan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan diserahkan kepada dua syarikat iaitu Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn. Bhd. (Redstar Capital Sdn. Bhd.) dan Syarikat Aqua Orian Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan JAS berkaitan pematuhan kedua-dua syarikat terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Hasil siasatan mendapati Syarikat Aqua Orion Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 34A(3). Kertas siasatan dibuka bawah Subseksyen 34A(6).

Syarikat Redstar Capital pula didapati tidak beroperasi di mana tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan Laporan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurang dan meminimumkan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar.

Selain itu, JAS turut mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan agar menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat Aqua Orion sehingga Laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya