Suspek cuba amang seksual budak perempuan ditahan

Suspek cuba amang seksual budak perempuan dalam masjid ditahan

RAKAMAN video yang menunjukkan insiden cubaan merogol kanak-kanak perempuan dalam ruang solat jemaah wanita di masjid berkenaan sekitar waktu solat Subuh.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang lelaki yang melakukan perbuatan seksual terhadap seorang budak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali di sini. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, lelaki yang juga warga tempatan itu ditahan hari ini oleh pihak polis. 

“Saya sahkan lelaki terbabit telah ditahan hari ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Maklumat berkaitan penahanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki cuba membuat perkara tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak perempuan hari ini. 

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di sebuah masjid di Batang Kali di sini kira-kira pukul 6.40 pagi.

Kejadian terbabit berlaku ketika beberapa penduduk setempat sedang menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki berbaju kuning memasuki ruang solat wanita dan dilihat mendukung sebelum melarikan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat di bahagian belakang saf.

Dalam rakaman tersebut, turut dilihat, lelaki berkenaan kemudian membawa kanak-kanak itu ke ruang yang lain dan didakwa cuba melakukan perkara terkutuk ke atas mangsa.

Tindakan tidak bermoral tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di beberapa sudut di dalam masjid berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN