Suspek bunuh ibu kandung direman 7 hari

Suspek bunuh ibu kandung direman 7 hari

SUSPEK (tengah) yang didakwa membunuh ibu kandungnya Jumaat lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Mahkamah Majistret di sini membenarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang suspek lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya di Pangsapuri Seri Orkid di sini, pada Jumaat lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Terdahulu, suspek yang bergari dan memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah dengan dikawal dua anggota polis kira-kira pukul 10.49 pagi.

Reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu dibuat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kekasih kepada suspek utama turut direman bagi tempoh sama bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ibu suspek yang berusia 60 tahun dipercayai telah dibunuh tiga hari lalu ekoran berlakunya pertengkaran antara dua beranak itu antara pukul 6 petang hingga 8 malam dengan
mangsa dipercayai dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

Susulan itu, suspek dan kekasihnya yang berusia 20 tahun ditahan di kediaman bapa suspek di Paya Terubong kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Hasil semakan mendapati, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan memukul ibu bapanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya