Suruhanjaya Tenaga sedang laksana kajian berhubung jadual tarif elektrik baharu - Utusan Malaysia

Suruhanjaya Tenaga sedang laksana kajian berhubung jadual tarif elektrik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga masih melaksanakan kajian berhubung jadual tarif elektrik baharu yang akan dilaksanakan pada Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak kementerian bersama Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu yang dijangka dilaksanakan.

“Buat masa ini, kementerian masih belum mempunyai perincian lanjut mengenai jadual tarif baharu tersebut memandangkan pihak Suruhanjaya Tenaga masih sedang melaksanakan kajian mengenainya.

“Dalam hal ini, kerajaan akan berusaha memastikan agar sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat adalah tidak dibenarkan sama sekali dengan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Ini termasuklah memastikan 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung terus kekal dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang memintanya menyatakan perincian lanjut mengenai jadual tarif elektrik tersebut.

Dalam pada itu, Fadillah menyatakan komitmen kerajaan dalam memastikan jadual tarif elektrik baharu itu tidak akan membebankan pengguna terutama kategori domestik serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kementerian akan memastikan pelaksanaan jadual tarif elektrik yang baharu di Semenanjung ini hanya memberi impak yang minimum kepada pengguna daripada kalangan PMKS supaya pengguna kategori ini dapat terus kekal kompetitif dan berdaya maju,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya