Suri rumah dipenjara dua bulan, denda RM1,000 curi barang

Suri rumah dipenjara dua bulan, denda RM1,000 curi barang pasar raya

ROSNURDALILA Yusop (tengah) yang dituduh mencuri di sebuah pasar raya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu - UTUSAN/ZAID MOHD.NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Seorang suri rumah  dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM200 milik sebuah pasar raya, 18 Februari lalu. 

Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak membuat keputusan itu selepas tertuduh,  Rosnurdalila Yusop, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri beberapa barangan seperti sehelai baju, empat helai tudung, sehelai pakaian dalam, sepasang selipar dan pencuci muka milik sebuah pasar raya bernilai RM204.40.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya di sini pada pukul 7 malam pada 18 Februari lalu. Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Iffah Nabihah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh sabitan.  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Azlina Jaafar.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya