Sumber elektrik punca kebakaran tertinggi di Melaka

Sumber elektrik punca kebakaran tertinggi di Melaka

MOHD. PISAR Aziz (dua dari kiri) memeriksa perbarisan anggota bomba pada Majlis Perbarisan Tahunan 2025 JBPM Melaka di Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Elektrik dikenal pasti sebagai sumber nyalaan tertinggi di negeri ini apabila merekodkan sebanyak 374 kes daripada 596 kes kebakaran yang disiasat sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd. Pisar Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 365 kes disebabkan pemanasan rintangan (resistance heating) berpunca daripada pendawaian uzur.

Beliau berkata, kerja-kerja dilakukan individu tidak kompeten juga berpotensi menyebabkan sistem pendawaian tidak selamat.

“Terdapat dua pecahan punca kebakaran disebabkan elektrik iaitu kegagalan peralatan dan sistem pendawaian lama atau tidak kemas. Sila rujuk pihak berwajib atau pakar untuk menilai sistem pendawaian elektrik tersebut.

“Kita mengajak masyarakat supaya lebih cakna keadaan pendawaian di premis dan rumah masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini pada masa depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2025 JBPM Melaka di sini, semalam.

Mohd. Pisar berkata, jumlah keseluruhan panggilan kecemasan diterima pihaknya tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus, iaitu daripada 4,494 panggilan pada 2023 kepada 5,081 panggilan pada 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya