Sultan Pahang minta kehadiran Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat tidak dipolitikkan

Sultan Pahang minta kehadiran Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat tidak dipolitikkan

AL-SULTAN Abdullah menyampaikan titah pada Majlis Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan 1, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan keberangkatan baginda ke Majlis Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat ydi Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, malam ini.

Titah baginda, mempolitikkan keberangkatan baginda ke majlis berkenaan tidak memberi gambaran atau naratif kepada institusi diraja.

“Saya datang semata-mata untuk bermunajat, menyembah kepada Allah SWT, berdoa supaya kita, negeri Pahang dan rakyat Pahang sentiasa diberkati Allah SWT, sentiasa dilindungi Allah SWT dan kita sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

“Saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang politik kepartian dari dahulu, kini dan akan datang. Tolonglah ingat ya, saya selaku sultan mesti berkerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang, Kerajaan Negeri Pahang,” titah baginda bersempena majlis berkenaan.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan rakyat negeri ini supaya sentiasa berpegang kepada ajaran As-Sunnah Wal Jamaah.

“Saya harap semua faham di sini. Jadi janganlah cepat ada persepsi yang lain dan sebagainya. Saya anggap mana yang tinggal di Pahang ini adalah rakyat saya yang mana setiap rakyat kita mesti pegang dengan ajaraan As-Sunnag Wal Jamaah. Setuju? Ikut al-Quran dan Sunnah, itu sahaja,” titah baginda,

Baginda turut menyeru agar rakyat negeri ini supya terus menghormati warisan dan sejarah yang menjadi asas kepada jati diri di samping menekankan perpaduan sebagai kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran negeri.

“Janganlah kita membiarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil memecahbelahkan kita. Sebaliknya, marilah kita bersama-sama meperkukuh ukhwah khususnya dalam perlembangaan dan bekerja ke arah kesejahteraan bersama,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya