Sultan Nazrin rasmi Hospital UTAR Kampar - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin rasmi Hospital UTAR Kampar

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini yang telah menerima lebih 130,000 pesakit sejak beroperasi pada tahun 2022.

Keberangkatan baginda ke hospital tersebut diiringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Pengerusi Lembaga Hospital UTAR, Tan Sri Dr. Chuah Hean Teik.

Operasi hospital itu bermula dengan pembukaan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) pada April 2022, diikuti pembukaan Pusat Pakar Perubatan Moden pada Ogos 2023.

Hean Teik ketika menyampaikan sembah ucapan majlis perasmian berkata, idea UTAR untuk memiliki hospital sendiri muncul pada tahun 2009 sewaktu pengenalan fakulti perubatan dan sains kesihatan di kampus Sungai Long, Kajang, Selangor.

Tambahnya pada tahun 2014, Pengerusi Majlis UTAR, Tun Dr. Ling Liong Sik telah mengumumkan pelan untuk membangunkan hospital latihan di UTAR cawangan Kampar yang seterusnya boleh diakses oleh penduduk Ipoh, Tapah, Tanjung Malim sehingga Cameron Highlands.

Beliau juga berkata, bahagian TCM hospital itu kini telah menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional meliputi Perubatan Cina, Perubatan India (Ayurveda) dan bersiap sedia memperkenalkan kaedah Perubatan Tradisional Melayu.

“Kini sedang menunggu pensijilan bagi amalan Perubatan Tradisional Melayu. Perkhidmatan ini akan dimulakan setelah mendapat kelulusan,” katanya dalam majlis perasmian tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, hospital dibangunkan secara berfasa dengan mempunyai 350 kapasiti katil bagi kedua-dua Pusat Pakar Perubatan Moden dan TCM, yang mana boleh ditambahkan sehingga 250 katil lagi jika diperlukan pada masa akan datang.

Katanya lagi, hospital itu tidak ketinggalan untuk terlibat dan melaksanakan pelbagai perkhidmatan perubatan bersifat nasional seperti sewaktu negara berdepan ancaman Covid-19 serta aktiviti berkaitan menoktahkan kanser serviks.

“Hospital mengikuti prinsip yang sama seperti UTAR iaitu daripada rakyat kepada rakyat. Ia dibangunkan sebagai hospital bukan bermotifkan keuntungan. Kos awal untuk pembinaan, fasiliti dan peralatan perubatan mencecah RM300 juta,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya