KUALA LUMPUR: Sikap Pas yang berterusan mengamalkan politik kebencian dan fitnah boleh menjejaskan kestabilan negara.
Anggota Biro Mobilisasi Amanah Kuala Lumpur, Yusof Yahya berkata, parti itu dilihat semakin terdesak apabila ber hujah tanpa fakta hingga mengundang fitnah.
Sebab itu katanya, lebih 40 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadap pemimpin Pas.
“Fitnah tersebut bukan perkara baharu bagi Pas. Mere ka menjadikan fittnah sebagai senjata utama untuk mengelirukan rakyat dan menghasut sentimen agama serta perkauman.
“Sebelum ini, mereka telah didapati bersalah dalam beberapa kes tnah, termasuk satu kes yang mengakibatkan pemimpin mereka dikenakan denda hampir RM1 juta,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Sanusi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam.
Laporan itu dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor didakwa menyebarkan fitnah terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) dengan
tuduhan tidak berasas konon nya parti itu ditaja dan ditu buhkan oleh DAP
Beliau turut menggesa pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah itu di bawah Seksyen 233 Akta Komu
nikasi dan Multimedia, Seksyen 5 Akta Fitnah 1957, Seksyen 501 Kanun Keseksaan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.