Sudah bayar denda, kes khalwat Ruhainies, Aliff Aziz selesai? - Utusan Malaysia

Sudah bayar denda, kes khalwat Ruhainies, Aliff Aziz selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai sudah selesai selepas kedua-dua selebriti itu didapati telah membayar denda sebanyak RM3,000.

Difahamkan, denda itu diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tanpa pengetahuan media, pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, mahkamah yang sama menetapkan tarikh sebutan pada 20 dan 27 Februari bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti sensasi itu termasuk peguam yang mewakili mereka tidak hadir ke perbicaraan mahkamah pada 20 Februari lalu dan ditangguhkan atas sebab yang tidak pasti.

Malah, hasil semakan menerusi paparan senarai kes yang dibicarakan pada 20 Februari lalu di dewan kamar mahkamah juga tiada tertera nama Aliff mahupun Ruhainies.

Malah, usaha pihak media untuk menghubungi peguam syarie mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Ruhainies bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai perkara tersebut juga tidak berjaya.

Terdahulu, pada 17 Oktober lalu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh iaitu hari ini dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes Aliff dan Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium 9 Mac tahun lepas.

Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat.

Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa telah berada bersama seorang perempuan beragama Islam yang bukan isteri atau mahramnya iaitu Ruhainies, di sebuah unit kondominium di Bukit Bintang di sini pukul 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Ruhainies pula didakwa telah berada bersama seorang lelaki beragama Islam iaitu Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan terhadap masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Ketika isu khalwat itu berlaku, Aliff masih merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31.

Pasangan itu sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas Aliff ditangkap khalwat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya