Suami isteri ditahan disyaki dera anak

Suami isteri ditahan disyaki dera anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes dera kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dekat Manir, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun adalah bapa kandung mangsa manakala isterinya yang berusia 27 tahun adalah ibu tiri mangsa.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat setelah polis menerima laporan daripada ibu kandung mangsa, petang semalam.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa tinggal bersama bapa kandungnya bermula 2019 selepas lelaki itu mendapat hak penjagaan penuh disebabkan perceraian. Kanak-kanak itu mendakwa sering dipukul oleh suspek lelaki menggunakan tali pinggang dan getah paip manakala suspek wanita pula memukulnya menggunakan penyangkut baju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azli, kanak-kanak itu juga mengadu dia hanya diberi makan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam setiap kali cuti sekolah.

“Namun, perkara tersebut tidak berlaku terhadap adik tirinya yang diberi makanan mencukupi setiap masa.Walaupun sering dipukul bapa kandung dan ibu tirinya, mangsa tidak berani menceritakan perkara tersebut kepada mana-mana pihak.

“Difahamkan, ibu kandung mangsa ada berjumpa kanak-kanak itu pada musim cuti sekolah akhir Disember lalu namun tidak mengesyaki sebarang perkara buruk berlaku terhadap anaknya,” katanya.

Azli berkata, kanak-kanak itu telah dibawa menjalani  pemeriksaan perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam kecederaan pada tubuh mangsa. Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Februari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya