Suami, isteri dalang pecah rumah sekitar Arau, Kangar

Suami, isteri dalang pecah rumah sekitar Arau, Kangar

AHMAD Mohsin Md. Rodi (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas polis susulan penahanan empat suspek kes pecah rumah sekitar kawasan Arau dan Kangar, Perlis. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Empat sahabat termasuk pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Arau dan Kangar di sini.

Menerusi kejayaan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 13 kes pecah rumah membabitkan nilai kerugian berjumlah RM33,100.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, Op Pintu yang dilaksanakan berjaya menahan pasangan suami isteri warga tempatan masing-masing berusia 23 dan 26 tahun, Sabtu lalu sekitar pukul 1.30 petang.

“Tangkapan itu dibuat selepas pihak kami melakukan intipan dan pemantauan lebih satu minggu ke atas pasangan suspek terlibat,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Tambah Ahmad Mohsin, susulan penahanan itu, polis turut memberkas dua lagi suspek lelaki warga tempatan berusia 28 dan 23 tahun yang dipercayai terlibat sama dalam kegiatan itu.

Ujarnya, suspek utama didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala modus operandi mereka menyasarkan rumah secara rawak.

“Selain pecah rumah, suspek juga dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan di dewan orang ramai memandangkan mereka sentiasa melihat peluang yang ada. 

“Semua suspek direman bermula 9 Februari sehingga hari ini dan mereka akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan kes di sana pula. Kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 506 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya