Suami didakwa bakar kereta isteri

Suami didakwa bakar kereta isteri

TERTUDUH (baju putih) didakwa membakar kereta Toyota Vios milik isterinya di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kedai aksesori kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membakar kereta Toyota Vios milik isterinya, minggu lalu.

Tertuduh, Chai Kaw Fung, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api mengakibatkan kerosakan dengan cara membakar kereta Toyota Vios isterinya di Jalan Tebrau, menghala ke pusat bandar raya pada pukul 10.20 malam pada 2 Februari 2025.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu mencadangkanjaminan RM20,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam Goh Sze Han memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bergaji RM3,000 sebulan dan perlu menanggung anak tunggal berusia dua tahun, selain menjaga ibu bapanya yang uzur.

“Tiada bantahan terhadap syarat tambahan melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu saksi pendakwaan, bagaimanapun anak guam perlu menggunakan pasport untuk berulang-alik ke Singapura untuk mengambil stok barangan aksesori kereta,” hujah Sze Han.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 berserta semua syarat tambahan dipohon pendakwaaan dan menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya