SRA Pasir Putih dapat bangunan baharu selepas 38 tahun

SRA Pasir Putih dapat bangunan baharu selepas 38 tahun

AB. RAUF Yusoh melakukan majlis pecah tanah bangunan baharu SRA Pasir Putih, Bachang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas 38 tahun, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Pasir Putih, Bachang di sini bakal memiliki bangunan baharu menerusi peruntukan RM6.5 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan kerajaan negeri meluluskan peruntukan tersebut adalah wajar memandangkan sekolah berkenaan semakin uzur serta mempunyai ruang yang terhad.

Menurutnya, pada awal penubuhannya, SRA JAIM Pasir Putih hanya mempunyai 47 murid dan kini pertambahan murid mencecah 300 orang menyebabkan sekolah itu tidak mampu menampung angka berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan diluluskan melalui Peruntukan Pembangunan P22-JAIM dalam Bajet Pembangunan Negeri Melaka 2024.

“Sebab itu, kerajaan negeri terus mengambil perhatian serius terhadap keperluan pendidikan anak-anak di Melaka, khususnya dalam bidang pendidikan Islam bagi memastikan mereka menerima akses kepada pendidikan berkualiti.

“Kita mahu anak-anak ini belajar dengan selesa, begitu juga dengan keperluan para guru agar sistem pembelajaran dan pengajaran (PnP) berjalan dengan lancar.

“Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan serta berakhlak demi kemajuan, kemakmuran dan kelestarian negeri,” katanya pada Majlis Pecah Tanah SRA dan Tadika JAIM Pasir Puteh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan pelan konsep dan melaksanakan kerja-kerja awal, termasuk kerja ukur tanah serta siasatan tapak projek pada 2024.

Katanya, projek pembinaan sekolah dijadualkan bermula April ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

“Projek ini melibatkan pembinaan bangunan dua tingkat, enam bilik dengan kapasiti 360 murid SRA serta empat bilik darjah yang mampu menampung 100 murid tadika,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya