SPWP bantu baik pulih rumah warga emas uzur - Utusan Malaysia

SPWP bantu baik pulih rumah warga emas uzur

DR. WAN AZIZAH melakukan lawatan ke kediaman milik Rokiah yang baru sahaja dibaikpulih oleh SPWP. – IHSAN YWP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, warga emas itu, Rokiah Ismail, 68, sudah uzur serta sangat memerlukan bantuan untuk mendapatkan rumah yang selamat didiami.

“Saya difahamkan perbelanjaan baik pulih rumah beliau mencecah RM30,000 dan Alhamdulillah pada hari ini kita akan menyerahkan semula rumah yang telah siap dibaik pulih kepada Rokiah.

“Usaha SPWP ini amatlah murni dan syarikat-syarikat korporat lain dialu-alukan untuk bekerjasama dengan pejabat saya, bagi mengenal pasti rumah-rumah lain yang boleh dibantu baik pulih,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah turut menyantuni sembilan pelajar yang menerima Skim Bantuan Awal sebanyak RM700 setiap seorang dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, skim tersebut merupakan bantuan secara sekali bayar bagi membantu pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi.

“Selain itu, seramai tiga individu juga akan menerima Bantuan Perubatan YWP berdasarkan keperluan pesakit.

“Skim ini juga adalah secara sekali bayar untuk meringankan beban kewangan pesakit dalam mendapatkan rawatan, ubat-ubatan, serta perkhidmatan kesihatan yang diperlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya