SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri - Utusan Malaysia

SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber memaklumkan, pihak SPRM telah mendapatkan perintah reman terhadap keempat-empat individu itu telah direman bagi membantu siasatan.

“Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha di Mahkamah Putrajaya selama lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu.

“Seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN