SPRM perhebat penyiasatan, pencegahan tingkat kedudukan CPI

SPRM perhebat penyiasatan, pencegahan tingkat kedudukan CPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus berazam bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di mana ketika ini negara mengekalkan kedudukan ke-57 secara global.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Transparency International Malaysia (TI-M) berhubung keputusan CPI 2024 yang menyaksikan negara mengekalkan skor 50.

“SPRM menyokong penuh kenyataan Ketua Setiausaha Negara dan menegaskan keazaman untuk bersama meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI.

“Sebagai agensi utama dalam membanteras rasuah, SPRM akan terus memperhebat penyiasatan serta inisiatif pencegahan dan pendidikan lebih berkesan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, SPRM melalui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) yang berperanan sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Khas CPI akan terus meneliti dapatan survei bagi mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

“SPRM juga akan mempergiat kerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk kementerian, sektor swasta, masyarakat sivil serta Transparency International Malaysia.

“Usaha mempertingkatkan CPI bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan tetapi juga memerlukan usaha sepadu daripada semua pihak,” katanya.

Justeru, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing untuk menambahbaik strategi pencegahan dan memperkukuh tadbir urus.

Katanya, ia demi mencapai sasaran kerajaan meletakkan Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dunia menjelang 2033. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya