SPRM, Kastam bincang isu tatakelola, integriti susulan Op Airways

SPRM, Kastam bincang isu tatakelola, integriti susulan Op Airways

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membincangkan isu tatakelola dan integriti.

Ia susulan penahanan enam pegawai agensi tersebut dalam Op Airways dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan vape, bulan lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Pengarah JKDM sebaik sahaja siasatan SPRM berkaitan kes tersebut selesai

“Ya, saya boleh katakan perbincangan ini dalam perancangan. Biarkan pegawai penyiasat kami menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

“Sebaik sahaja dapatan siasatan diperoleh, kami akan berbincang dengan beliau mengenai sebarang isu berkaitan integriti dan tadbir urus serta mengemukakan cadangan penambahbaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan SPRM menumpaskan sindiket yang menyeludup ratusan ribu rokok elektronik melalui Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sindiket lari cukai vape berkenaan mengaut keuntungan jutaan ringgit dan disyaki ‘kautim’ atau diselesaikan dengan anggota penguat kuasa di pusat kargo untuk melepaskan konsainmen berkenaan. 

Susulan itu, SPRM menahan reman 13 individu, termasuk enam pegawai kastam, yang dipercayai terbabit dalam sindiket lari cukai vape. 

Sindiket lari cukai vape setakat ini menyebabkan negara kehilangan hasil kutipan cukai kira-kira RM8 juta. 

Semua penahanan itu dilakukan hasil risikan selama tiga bulan oleh Bahagian Perisikan SPRM. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya