SPM 2024 berjalan lancar, 402,956 calon duduki peperiksaan

SPM 2024 berjalan lancar, 402,956 calon duduki peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari lalu berjalan lancar dengan 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, walaupun peperiksaan SPM 2024 telah berlangsung dalam musim Monsun Timur Laut (MTL) yang menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri, ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Katanya, ia adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua 126,636 petugas peperiksaan yang turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2024.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

“Kementerian Pendidikan mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya