Spiderbusker ceriakan murid SK Dato’ Wan Kemara

Spiderbusker ceriakan murid SK Dato’ Wan Kemara

SPIDERBUSKER bergambar dan menyanyi menghiburkan murid SK Dato’ Wan Kemara ketika Sesi Persekolahan 2025 yang kembali dibuka hari ini di Changlun, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Lebih 1,400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun teruja menerima kejutan dengan kemunculan watak adiwira kegemaran ramai, Spiderman.

Lebih menarik apabila Spiderman itu turut menghiburkan murid-murid yang memulakan sesi persekolahan penggal baharu hari ini dengan persembahan ‘busking’ selama hampir sejam bagi menyambut kehadiran mereka.

Guru penyelaras, Zulkifli Ismail berkata, pihak sekolah menjemput individu dikenali Spiderbusker itu untuk menghiburkan sekal igus menceriakan murid sekolah terutama yang baru memasuki alam persekolahan.

“Idea ini dicetuskan oleh guru besar, Mohd. Nizam Saidin bertujuan untuk mencipta keunikan selain menceriakan murid terutama darjah satu. 

“Spiderbusker menjadi pilihan kerana dia dikenali ramai sekali gus diharapkan menggembirakan murid dan ibu bapa yang hadir,” katanya ketika ditemui di pekarangan SK Dato’ Wan Kemara, Changlun di sini hari ini.

Menurut beliau, sekolah berkenaan menerima kemasukan 217 murid darjah satu yang memulakan alam persekolahan baharu hari ini.

“Kami membuat persediaan bermula 6.45 pagi menyambut murid dan ‘busking’ bermula pada 7 hingga 7.45 pagi. Ini juga salah satu daripada ‘fun learning’ untuk mereka. Alhamdulillah, mereka teruja dan gembira,” katanya.

Sementara itu, pemilik maskot Spiderbusker yang hanya mahu dikenali sebagai Roy, 35, berkata, ia merupakan kali pertama dia melakukan busking di sekolah.

“Sudah dua tahun saya menjadi Spiderbusker dan ini kali pertama masuk sekolah. Ia satu pengalaman baharu menghiburkan murid dan paling menarik bila ternampak saya tadi mereka jadi teruja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya