Sorok kekasih, sebolehnya saya cuba elak penyakit ain - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Sorok kekasih, sebolehnya saya cuba elak penyakit ain – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie, mengakui lebih selesa menyimpan kemas identiti kekasih baharunya sebagai usaha mengelak penyakit ain.

Menurutnya, pengalaman melalui fasa percintaan dan perkahwinan yang kecundang sebelum ini telah mendorong untuk mengubah sikap lebih matang.

“Sebelum ini saya jenis yang suka berkongsi semua perkara termasuk hal peribadi kepada pengikut kerana merasakan mereka juga sebahagian daripada kehidupan saya.

“Tetapi sekarang saya sudah serik kerana bukan semua orang suka melihat kita bahagia. Selain itu sebolehnya saya cuba elakkan pengakit ain atau membuatkan orang lain berasa cemburu atau berkata buruk.

“Berikutan itu, apabila saya kembali bercinta sekarang, saya selesa untuk lebih ‘low-profile’. Biarlah detik bahagia ini hanya kami yang melaluinya,”katanya.

Ditanya mengenai identiti kekasih baharunya, pelakon drama Curang Tanpa Niat ini memaklumkan kekasihnya bukanlah orang yang asing.

Sebaliknya, jelas Anju, lelaki tersebut merupakan bekas kekasihnya yang telah dikenali sejak 12 tahun lalu dan kini kembali menjalin cinta.

Kata Anju, insan terbabit merupakan seorang juruterbang tetapi pernah terbabit dalam dunia seni ketika awal perkenalan mereka.

“Sebenarnya kami sudah kenal lama dan pernah bercinta dan ketika itu saya yang banyak membantu dirinya ketika mula bertapak dalam dunia pekerjaan. Tetapi hubungan kaki putus di tengah jalan.

“Namun kami masih berhubung dengan baik. Saya pun tak sangka hubungan kami terjalin semula. Kini dia pula yang mahu membalas jasa selepas dahulu saya yang banyak membantunya.

“Bagi saya itulah lelaki sejati. Bukan yang mahu kita susah bersama-sama tetapi bila senang dia hilang. Apabila tiba saatnya nanti mungkin saya kenalkan cuma bukan sekarang,”katanya.

Anju berkata demikian ketika ditemui di majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta O’Briens Irish Sandwich Cafe cawangan baharu di Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Pada masa sama, pelakon ini enggan meletakkan sasaran terhadap hubungan mereka sebaliknya akan terus berumah tangga pada waktu yang tepat.

“Kami sama-sama matang. Walaupun dia tak pernah berkahwin tetapi dia bukan jenis yang memaksa. Malah kami belum menyentuh soal berumah tangga.

“Kalau ada, adalah. Saya pun pernah melalui kehancuran rumah tangga, lebih daripada trauma.

“Kalau saya nak berkahwin semula pun memang dialah lelaki yang akan saya pilih sebagai suami, bukan orang lain,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya