PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha, sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton.
Pasangan itu disatukan dalam majlis tertutup yang diadakan di Enderong Resort, Janda Baik, Pahang.
Majlis tersebut dihadiri keluarga terdekat dan rakan kedua mempelai.
Mempelai yang tampil serba putih dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd baharum Abdul Rahman.
Joshua dalam majlis tersebut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Siti Saleha.
Pelakon tersebut pada November lepas memaklumkan dia dan Joshua sudah mengikat tali pertunangan.
Terdahulu Siti Saleha pada 2016 pernah bergelar isteri kepada Ahmad Lufti Azhar namun bercerai empat tahun kemudiannya.