Siti Nurhaliza akui khilaf promosi produk nikotin tanpa periksa - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza akui khilaf promosi produk nikotin tanpa periksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terbuka menerima teguran, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat permohonan maaf atas tindakkannya mempromosikan produk nikotin di media sosial.

Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 46, turut mengakui khilafnya kerana tidak menyelidik secara terperinci mengenai produk tersebut sebelum membuat perkongsian di Instagram.

“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di Intagram saya sebelum ini.

“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Sehebat Matahari itu turut menzahirkan ucapan terima kasih atas teguran yang diterima selain memadam semula perkongsian berkenaan produk tersebut.

“Terima kash di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.

“Saya sudah memadamkan perkongsian tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” jelasnya.

Difahamkan, produk nikotin yang dipromosikan oleh Siti dipercayai merupakan perniagaan yang dijalankan anak tirinya iaitu Aazief Khalid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN